Nov 20, 2008

Rugi dirompak RM102,000

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira-kira RM102,000 selepas rumah banglo dua tingkat miliknya di Jalan Mewah 2, Bukit Antarabangsa dekat Ampang di sini dipecah masuk tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, ibu tunggal yang berusia 50-an itu dan anak lelakinya berusia 18 tahun dikatakan diikat kumpulan penjenayah itu namun tidak dicederakan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berjaya melarikan barang kemas bernilai RM100,000 serta wang tunai RM2,000 yang disimpan di bilik tidur mangsa.

"Ketika kejadian, mangsa sedang tidur tetapi terkejut selepas kumpulan penjenayah berkenaan memecahkan pintu bilik dengan tong gas.

"Anak mangsa yang tidur di bilik bersebelahan turut diserbu dan diikat bersama ibunya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

No comments: