Nov 25, 2008

AVG ANTI VIRUS

AVG Internet Security offers Anti-Virus, Anti-Spam, Web Protection & Firewall - comprehensive protection for your PC. Get protected

EXPAND YOUR CASH WITH US

Nov 20, 2008

PENDAPATAN SURVEY

JANA PENDAPATAN

HEALTH & BEAUTY (ALOE VERA)

WEALTH CREATION (BEING AFFILIATE)


ADULT PRODUCTS (BEING AFFILIATE)

WEALTH CREATION (BEING AFFILIATE)


Dalang utama pengedaran dadah ditahan

JOHOR BAHRU 19 Nov. - Seorang lelaki berusia 44 tahun dikenakan tahanan di bawah Ordinan Darurat kelmarin kerana dipercayai dalang utama dalam beberapa sindiket jenayah di negeri ini.

Suspek ditahan di rumahnya di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar mengesahkan penahanan lelaki tersebut di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam & Mencegah Jenayah).

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya termasuk waktu dan masa lelaki itu ditahan.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) telah menandatangani kebenaran dan penahanan berkuat kuasa 17 November lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mokhtar, lelaki berkenaan telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam semalam bagi tempoh tahanan selama dua tahun.

Rugi dirompak RM102,000

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira-kira RM102,000 selepas rumah banglo dua tingkat miliknya di Jalan Mewah 2, Bukit Antarabangsa dekat Ampang di sini dipecah masuk tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, ibu tunggal yang berusia 50-an itu dan anak lelakinya berusia 18 tahun dikatakan diikat kumpulan penjenayah itu namun tidak dicederakan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berjaya melarikan barang kemas bernilai RM100,000 serta wang tunai RM2,000 yang disimpan di bilik tidur mangsa.

"Ketika kejadian, mangsa sedang tidur tetapi terkejut selepas kumpulan penjenayah berkenaan memecahkan pintu bilik dengan tong gas.

"Anak mangsa yang tidur di bilik bersebelahan turut diserbu dan diikat bersama ibunya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

3 termasuk remaja perempuan ditahan edar dadah

KAJANG 19 Nov. - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun adalah antara tiga suspek yang ditahan kerana memiliki dan mengedar dadah di sebuah rumah di Kampung Baru, Cheras di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 4 petang itu, kesemua suspek sedang membungkus dadah ke dalam plastik kecil sebelum diberkas pihak polis.

Ketika serbuan, polis merampas lima paket heroin seberat 987 gram bernilai RM26,000.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Proton Wira Aeroback, dua telefon bimbit dan dua buku akaun bank.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 16 hingga 23 tahun itu bergiat aktif sejak lapan bulan lalu.

Katanya, pihaknya percaya suspek-suspek membungkus semula dadah tersebut sebelum menjualnya kepada pembeli.

"Salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah lampau atas kesalahan yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Sakaruddin, suspek dipercayai giat menjalankan aktiviti menjual dadah di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama lapan hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan.

Bunuh juruwang: Polis tahan tiga lelaki

IPOH 19 Nov. - Polis Perak percaya dapat menyelesaikan kes kematian seorang juruwang sambilan sebuah stesen minyak akibat ditetak oleh perompak pada 11 November lalu dengan penahanan tiga lelaki bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, ketiga-tiga lelaki berumur 19 hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bercham di sini pada 14 November lalu.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebilah parang, sebuah topi keledar dan pakaian di rumah tersebut.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman sehingga 21 November ini untuk siasatan lanjut.

"Kita percaya kes pembunuhan itu dapat diselesaikan dengan penahanan tiga lelaki ini.

"Polis juga sedang menjejaki dua lagi suspek yang masih bebas dipercayai terlibat dalam kes itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Dalam kejadian 11 November lalu, seorang kakitangan Jabatan Mufti Perak, Mohd. Khairuddin Mohamed Isa yang bekerja sebagai juruwang sambilan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, mati ditetak oleh perompak dalam kejadian samun pada pukul 6.50 pagi.

Mohd. Khairuddin, 42, atau dipanggil 'ustaz' oleh rakan setugasnya sedang bersiap mahu meninggalkan stesen minyak tersebut selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.

Salah seorang daripada empat perompak bertindak menetak mangsa di tengkuk dan tangan kanan selepas dia enggan menyerahkan wang kutipan di stesen minyak tersebut.

Keempat-empat perompak kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta bersama wang RM1,000 yang diambil daripada kaunter juruwang.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, polis juga menyelesaikan dua lagi kes bunuh membabitkan seorang lelaki yang ditemui mati di Tanah Perkuburan Kristian di Tambun dekat sini pada 27 September lalu dan Kampar pada 21 Oktober lalu.

Menurut beliau, ini berikutan penahanan dua lelaki dan seorang wanita berumur 19 hingga 42 tahun di sini dan Kampar pada 2 hingga 4 Oktober lalu.

Beliau berkata, salah seorang suspek kes telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 15 Oktober lalu.

Dalam kes penemuan mayat seorang lelaki ditemui mati terbakar di kawasan lombong Jalan Tanjung Rengas, Batu Putih di Kampar pada 21 Oktober lalu, polis menahan dua lelaki berumur 24 dan 31 tahun di Kampar.

TERNAKAN - IKAN KELI

TERNAKAN IKAN KELI

 

·        Jenis-jenis ikan keli

  • Ikan keli kampung
  • Ikan keli Afrika
  • Ikan keli eksotika (kampung + Afrika)
  • Ikan keli albino

 

·        Kelebihan ikan keli

  • Mempunyai asid lemak omega-3 ( Asid Eicopentaenoik (EPA) & Asid  Dokosoheksonoik (DHA))
    • Mengurangkan penyakit barah dan jantung
    • Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
    • Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
    • Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
    • Kurangkan simptom psoriasis (penyakit kulit yang kronik)
    • Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
    • Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung kepada insulin
    • Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
    • Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmun yang berkaitan dengan usia
    • Menggalakkan kecerdasan fikiran

 

·        Kos anak benih

  • Keli kampung
    • Purata harga anak keli di Malaysia
      • anak keli 2 inci 100k keatas 6 sen, 50 - 100k 7 sen
      • anak keli 3 inci 100k keatas 11 sen, 50 - 100k 12 sen
      • 2 inci - RM0.04 hingga RM0.06 seekor
      • 3 inci - RM0.07 hingga RM0.10 seekor (10,000 ke atas)
      • 3 inci - RM0.11 hingga RM0.12 seekor (10,000 ke bawah)
      • 4 inci - RM0.13 hingga RM0.18 seekor (10,000 ke atas)
      • 4 inci - RM0.20 seekor (10,000 ke bawah)

 

  • Keli Afrika
    • bawah 1.5 inci harga antara 3.5 - 5 sen
    • 1.5 - 2 inci harga antara 5 - 8 sen
    • 2 - 3 inci harga antara 6 - 10 sen
    • 3 - 4 inci harga antara 11 - 15 sen

 

  • Keli eksotika
    • 2 inci harga antara 9 - 12 sen

 

·        Kaedah ternakan bersertakan kos (1 kaki² = lingkungan 5 hingga 20 ekor mengikut  kaedah digunakan dan kedalaman)

  • Kanvas
    • 0172914700 / 0132667866
      • 15 - 20 ekor sekaki persegi
      • 10 unit kolam kanvas 4x10, sistem perairan, pemasangan dan 2 unit pump air berjumlah RM9900
      • 15 unit kolam kanvas 4x10, sistem perairan, pemasangan, 2 unit pump air, 22500 ekor benih ikan keli dan palet 50beg (25kg) berharga RM17500
      • 15 unit kolam kanvas, sistem perairan, pemasangan, 2unit pump air, 22500 ekor benih ikan keli, pallet 64beg (25kg per beg) bersama perjanjian beli balik selama 4 tahun RM4.50 per kg. Khidmat nasihat dan lawatan teknikal akan diberikan RM25,000

 

    • Adzmi 012-2540826
      • 10 x 4 x 3 dengan outlet tank connector 2in (piping tidak termasuk) frame dari paip GI 1/2in harga satu set 790.00

 

    • Syarikat SINAR NURIE Enterprise, No 23 Kampung Parit Kassim Bukit Gambir, Muar Johor: 06-9764163(Pejabat),Amirul Nizuan (012-2054237), Nordin (013-6222072), Amirul (012-2292467), Faks: 06-9767343
      • Dua tangki Kanvas (4’x10’x3’ satu), 1 set paip, 1set penapisan, 3000 ekor anak ikan, makanan utk 1 bln, harga RM3,500.00

 

  • Tanah
    • 300 kaki panjang / 60 kaki lebar / 3 hingga 5 kaki dalam
    • Boleh memuatkan antara 90,000 hingga 100,000 ekor anak keli

 

  • Simen
    • 40 kaki panjang / 10 kaki lebar / 3 ½ tinggi
    • Boleh memuatkan antara 2000 hingga 8000 ekor anak keli

 

  • Tangki
    • Mudah di pindahkan
    • Fiberglass (FRP)
      • Sangat lasak dan mudah di baikpulih bergantung pada jenis kerosakan sama ada  kecil atau besar
      • Tahan lama
      • Suhu lebih sejuk
      • Ammar (07-5201566)
      • Azmi (019-9611276) untuk pasaran negeri Kelantan
      • En Azie (0199477210) - Tangki bulat diameter 12 kaki dengan harga RM8000 satu tangki
      • Alang Fibreglass Production, Batu 24, Jalan Balik Batu 1, Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Telefon No.: 06-3843660, Mohd Rawi (012-3056642), Iskandar (012-3382631). Emel:enquiry@alangfibreglass.com.my

 

    • Polytank
      • Rosak atau bocor tidak boleh di tampal
      • Mengikut suhu persekitaran
      • Tidak tahan lama

 

  • Persiapan tempat ternakan
    • Tangki ternakan di cuci bersih
    • Rawat dengan 1000 ppm garam (jika pernah dijangkiti penyakit)
    • Sistem bekalan dan tukaran air berfungsi dengan sempurna

 

·        Kos-kos lain

  • Pam rosak
  • Upah buruh
  • Bil air
  • Bil elektrik
  • Penyelenggaraan
  • Kos pemasaran

 

·        Proses ternakan

  • Ketetapan air ternakan
    • Kedalaman air antara 15 cm hingga 30 cm pada masa pelepasan benih
    • Tambah air sehingga 45 cm selepas 30 hari
  • Makanan
    • Pemberian pallet untuk anak benih (2 bulan)
      • Peratus kegunaan starter, protein content dan harga
        • 32 -35 % RM38/20 kg = RM1.90/kg
      • Kos Makanan (anggaran)
      • hasil 2.5 tan pada penghujung kitaran 2.5 x 2 (FCR) = 5 tan makanan yang digunakan (5000 kg)
      • Penggunaan Starter
        5000 kg x 20% penggunaan = 1000 kg
        1000 kg x RM1.90 = RM1,900
      • Penggunaan Grower

5000kg x 80% = 4000 kg
4000 kg x RM1.25 = RM5,000

      • Jumlah Penggunaan Makanan
        RM1,900 + RM4,000 = RM5,900

 

    • Pemberian perut ayam
      • Hj Saharuddin 013-2434766
      • Selepas tempoh 2 bulan
      • RM0.30 sekilo
      • Lebih murah

 

    • Lain-lain
      • Itik mati yang telah direbus
      • Ampas kacang soya yang dibuat tauhu
      • Ikan baja
        • RM0.30 - RM0.50

 

·        Pemberian makanan

  • Jangan beri makan pada hari hujan atau mendung
  • Jangan beri makan selepas 12 jam pelepasan benih
  • Berhenti pemberian makanan 24 jam sebelum penuaian hasil

 

·        Perbandingan kos benih

  • Saiz 1" biasanya berharga 1.6 sen. 100,000 x RM0.016 = RM1,600
  • saiz 3" biasanya berharga RM0.20. 50,000 x RM0.20 = RM10,000
  • Kos Benih
    20,000 ekor x RM0.10 = RM2,000
  • Kos Benih + Kos Makanan
    RM2,000 + RM5,900 = RM7,900
  • Pendapatan
    2,500 kg ikan x RM3.50 = RM8,750
  • Pendapatan - Kos Benih - Kos Makanan
    RM8,750 - RM2,000 - RM5,900 = RM850
  • RM850 tidak termasuk bil air, elektrik, gaji dan lain-lain.

·        Harga di pasaran

  • Harga borong RM2.50
  • Harga runcit RM5.00

 

·        Lokasi pemasar

  • Kawasan Kula Lumpur, Selangor
    • Musa, h/pone: 012-2598014, AMG AGRO, BATU 23 Sg Lui, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
    • Azmi (019-2237735) dari Perbadanan Kemajuan Perikanan Selangor (PKPS)
    • zainisuradi@yahoo.com, 019-6696606
    • Safida Agrotech, Lot 170 Jalan 46 Bukit D, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur. Boleh hubungi di no berikut: Saffuan (019-3187226) dan Shahril (012-9194885)

 

  • Kawasan Utara
    • Mie(sp) : 019-692-5813, Hj Hanafiah (KL): 019-271-0431 atau Ismail(SP/Yan) : 019-480-6918. Tempahan dari Kelantan, Selangor dan Perak dikenakan caj pengangkutan sebanyak RM500 hingga RM800.
    • Fahmi Helmi (012-4396694) atau email: aqua.field@yahoo.com

 

  • Kawasan Pantai Timur
    • Hj. Azmi 019-9611276 (Kelantan)
    • Amir (0126438484)
    • Kumpulan Siswazah Perikanan (M) Sdn. Bhd. Pusat Pengembangan Komuniti Akuakultur, Batu 23, Jalan Kuala Krai,  Bukit Belah, Labok, 18500 Machang, Kelantan. Tel:09-9756344  Fax:09-9752644

 

 


PENDAPATAN - NIRA NIPAH

NIRA NIPAH

 

1.      Pengenalan nipah

1.1.      Nama botaninya Nypa Fruticans

1.2.      Sejenis tumbuhan palma

1.3.      Tumbuh dalam linkungan zon hutan atau zon pasang surut tepi laut

1.4.      Dikenali sebagai:

1.4.1.      Attap Palm (Singapura)

1.4.2.      Nipa Palm (Filipina)

1.4.3.   Boleh ditemui di:

·              India

·              Myanmar

·              Thailand

·              Malaysia

·              Indonesia

·              Borneo

·              Filipina

·              Kepulauan Ryukyu

·              Papua New Guinea

·              Kepulauan Solomon

·              Australia Utara

1.5.            10,000 hektar kawasan tanaman pokok nipah mampu menghasilkan 6.84     bilion liter ethanol

1.6.            Keluasan hutan nipah di Malaysia pada tahun 2006 ialah 12,372 hektar

 

2.      Kelebihan nipah dan nira

2.1.      Dijadikan gula nira sebagai pengganti madu lebah

2.2.      Dijadikan air nira nipah

2.3.      Mencuci buah pinggang

2.4.      Daun  Nipah kering boleh dijadikan:

2.4.1.      Bahan atap

2.4.2.      Dinding

2.4.3.      Anyaman bakul

2.4.4.      Tikar

2.5.      Dijadikan cuka dan tuak (dibiar terlalu lama)

2.6.      Daun nipah muda dijadikan daun rokok

2.7.      Boleh menghasilkan ethanol:

2.7.1.      Ethanol dari nira nipah hasilkan 15000 hingga 20000 liter biofuel sehektar

2.7.2.      Ethanol dari gula tebu hasilkan 5000 hingga 8000 liter biofuel sehektar

2.7.3.      Ethanol dari jagung hasilkan 2000 liter biofuel sehektar

2.7.4.      Biofuel berasaskan ethanol

·              Lebih mudah dan cepat dihasil menggunakan nira nipah

         berbanding gula tebu dan jagung

·              Boleh menghasilkan 100,000 peluang pekerjaan

·              Pendapatan dianggarkan RM1500 hingga RM4000 sebulan setiap

         pekerja

·              Mengurangkan pencemaran udara

·              Dapat dihasilkan dua kali ganda lebih banyak oleh nira nipah

         berbanding tebu dan jagung

2.8.      Pucuk muda boleh dimakan

2.9.      Penawar kepada pesakit gaut

2.10.  boleh dijadikan jeli, aiskrim dan coklat

2.11.  Boleh mengurangkan hakisan tanah

2.12.  Berfungsi sebagai pemecah ombak

2.13.  Biji nipah boleh dimakan

2.14.  Kelopak bunga boleh dijadikan tea yang beraroma

 

3.      Proses membuat nira

3.1.      Pokok berusia lima tahun keatas

3.2.      Berbunga sebelum berbuah

3.3.      Tunggu sehingga tandannya luntur dan buah nipah matang

3.4.      Cuci tandan iaitu membuang semua kulit tandannya

3.5.      Memukul tandan dengan kayu jika tandan tidak luntur

3.6.      Tandan digunakan untuk membuat air nira dan dibiarkan beberapa hari

3.7.      Batang tandan akan disaluti lumpur supaya ia tidak terlalu kering dan dibiarkan  sehingga tanah liat kering

3.8.      Urut tandan

3.9.      Proses seterusnya ialah memangkas buah dari batang tandan

3.10.  Apabila air nira keluar, boleh ditadah dengan tukey (tukil) yang diperbuat daripada buluh atau plastik biasa

3.11.  Nira selalunya di tadah pada sebelah malam kerana dikatakan mengeluarkan nira yang lebih banyak

3.12.  Tadahan akan dikumpul keesokan pagi

 

4.      Dijual pada harga dalam lingkungan RM2 hingga RM4

 

 

 


PERTANIAN - REBUNG

 

REBUNG

 

1.      Pengenalan

1.1.            Sejarah

1.1.1.      Negara China paling banyak buluh

·        Lebih daripada 400 spesies

·        Unearthed from the remains of a primitive society that existed

some 7,000 years ago in what is now Hemudu, Yuyao County,  Zhejiang Province

·        Shang Dynasty (16th-11th century B.C.)

*        Making household articles

*        Making weapon such as bows and arrows

·        Slips of bamboo were the most important writing medium (before

paper was invented)

·        Important part in the spread and development of traditional

Chinese culture

·        The people of the time used bamboo as firewood and to make

*        Tiles

*        Paper

*        Rafts

*        Hats

*        Rain capes

*        Shoes

·        In the Han Dynasty (206 B.C.-A.D.220)

*        Bamboo use for papermaking

*        Wrote with brushes on xuan paper (made from young bamboo)

·        Ming Dynasty (between 1368 and 1644) use bamboo as

*        Bedding

*        For flooring

1.2.            Tergolong dalam keluarga Gramineae

1.3.            Nama saintifik  fartuitis dermatumotus

1.4.            Nama umum rumpun buluh

1.5.            Sifat rebung

1.5.1.      Lembut

1.5.2.      Kerap digunakan dalam masakan Asian

1.5.3.      fresh, better flavor and texture

1.5.4.      Thrive in humid, warm weather of tropical and sub-tropical forest

 

2.      Jenis-jenis buluh

2.1.            Genus schizostachyum

2.1.1.      Buluh Lemang

2.1.2.      Buluh Sumpitan

2.1.3.      Buluh Nipis

2.2.             Genus Gigantochloa

2.2.1.      Buluh Beti

2.2.2.      Buluh Tumpat

2.2.3.      Buluh Semantan

2.2.4.      Buluh Beting

2.3.            Genus Thyrosostachys

2.3.1.      Buluh Siam

2.4.            Genus Bambusa

2.4.1.      Buluh Galah

2.4.2.      Buluh Duri

2.4.3.      Buluh Botol

2.4.4.      Buluh Pagar

2.5.            Genus Dendrocalamus

2.5.1.      Buluh Betong

2.5.2.      Buluh Akar

2.5.3.      Buluh Betong Burma

 

3.      Climate and soil type

3.1.            Spring and early summer

3.2.            Tropical or subtropical climate

3.3.            Quiet cold tolerant

3.4.            Onset of the wet season

3.5.            Starting November or December till February or March

3.6.            Well - drained sandy loam to loamy clay soils. Will not tolerate waterlogged

Conditions

 

4.      Storage

4.1.            Stored in the refriegator for up to two weeks

4.2.            Bitter taste

4.3.            Fresh shoots can be cooked then frozen

4.4.            Storage at 5 to 8°C

 

 

5.      Where to find bamboo shoot

5.1.            Pacific Northwest

5.2.            China, Taiwan, Southeast Asia

5.3.            Australia - established along the east coast of Australia from Nothern New

South Wales to north Queensland and Top en

5.4.            New Zealand

 

6.      Kegunaan buluh

6.1.            Bahan Binaan

6.2.            Barangan Kraftangan

6.3.            Barangan Kegunaan Dapur

6.4.            Alat Penternakan

6.5.            Perabut

6.6.            Alat Muzik

6.7.            Kertas dan Pulpa

 

7.      Kelebihan atau kebaikan rebung

7.1.            Low in fat and calories

7.2.            Good source of fiber

7.2.1.      Preventing colon cancer

7.3.            Good source of potassium

7.3.1.      One cup provides 640 miligrams

7.3.2.      heart-healthy mineral

·        To maintain normal blood pressure

·        A steady heart beat

7.4.            Obtain lignans and phenolic acids

7.4.1.      lignans appear to have

·        Anticancer

·        Antibacterial

·        Antifungal

·        Antiviral activity

7.4.2.      Phenolic acids have

·        Mild anti-inflammatory properties

·        Potent antioxidants

*        Help prevent cancer

*        Help blood vessel injury that can start arteriosclerosis

 

8.      Nutritional value: The Nutritional Value for: bamboo shoots, canned, drained

Quantity

Energy

(calories)

Carbohydrates (grams)

Protein (grams)

Cholestrol (milligrams)

Weight (grams)

Fat (grams)

Saturated Fat (grams)

1 cup

25

4

2

0

131

1

0.1

9.      bamboo shoots thrive in

9.1.            The humid

9.2.            Warm weather of tropical

9.3.            Sub-tropical forest

 

10.  Proses mengambil rebung

10.1.        Cara pertama

10.1.1.  Kupas kulit ari dan buang pangkal yang keras

10.1.2.  Hiris atau cincang

10.1.3.  Rendam dalam air garam selama 12 jam bagi mengelakkan:

·        Warna putih tidak berubah

·        Menghilangkan pahit

·        Tidak masam

·        Tahan lama

10.2.        Cara kedua (menghilangkan sebahagian zat yang terdapat pada rebung)

10.2.1.  Belah rebung mengikut saiz

10.2.2.  Rebus sehingga mendidih

10.2.3.  Plastikkan dan simpan di tempat sejuk