Nov 20, 2008

Dalang utama pengedaran dadah ditahan

JOHOR BAHRU 19 Nov. - Seorang lelaki berusia 44 tahun dikenakan tahanan di bawah Ordinan Darurat kelmarin kerana dipercayai dalang utama dalam beberapa sindiket jenayah di negeri ini.

Suspek ditahan di rumahnya di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar mengesahkan penahanan lelaki tersebut di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam & Mencegah Jenayah).

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya termasuk waktu dan masa lelaki itu ditahan.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) telah menandatangani kebenaran dan penahanan berkuat kuasa 17 November lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mokhtar, lelaki berkenaan telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam semalam bagi tempoh tahanan selama dua tahun.

No comments: