NIRA NIPAH
1. Pengenalan nipah
1.1. Nama botaninya Nypa Fruticans
1.2. Sejenis tumbuhan palma
1.3. Tumbuh dalam linkungan zon hutan atau zon pasang surut tepi laut
1.4. Dikenali sebagai:
1.4.1. Attap Palm (Singapura)
1.4.2. Nipa Palm (Filipina)
1.4.3. Boleh ditemui di:
· India
· Myanmar
· Thailand
· Malaysia
· Indonesia
· Borneo
· Filipina
· Kepulauan Ryukyu
· Papua New Guinea
· Kepulauan Solomon
· Australia Utara
1.5. 10,000 hektar kawasan tanaman pokok nipah mampu menghasilkan 6.84 bilion liter ethanol
1.6. Keluasan hutan nipah di Malaysia pada tahun 2006 ialah 12,372 hektar
2. Kelebihan nipah dan nira
2.1. Dijadikan gula nira sebagai pengganti madu lebah
2.2. Dijadikan air nira nipah
2.3. Mencuci buah pinggang
2.4. Daun Nipah kering boleh dijadikan:
2.4.1. Bahan atap
2.4.2. Dinding
2.4.3. Anyaman bakul
2.4.4. Tikar
2.5. Dijadikan cuka dan tuak (dibiar terlalu lama)
2.6. Daun nipah muda dijadikan daun rokok
2.7. Boleh menghasilkan ethanol:
2.7.1. Ethanol dari nira nipah hasilkan 15000 hingga 20000 liter biofuel sehektar
2.7.2. Ethanol dari gula tebu hasilkan 5000 hingga 8000 liter biofuel sehektar
2.7.3. Ethanol dari jagung hasilkan 2000 liter biofuel sehektar
2.7.4. Biofuel berasaskan ethanol
· Lebih mudah dan cepat dihasil menggunakan nira nipah
berbanding gula tebu dan jagung
· Boleh menghasilkan 100,000 peluang pekerjaan
· Pendapatan dianggarkan RM1500 hingga RM4000 sebulan setiap
pekerja
· Mengurangkan pencemaran udara
· Dapat dihasilkan dua kali ganda lebih banyak oleh nira nipah
berbanding tebu dan jagung
2.8. Pucuk muda boleh dimakan
2.9. Penawar kepada pesakit gaut
2.10. boleh dijadikan jeli, aiskrim dan coklat
2.11. Boleh mengurangkan hakisan tanah
2.12. Berfungsi sebagai pemecah ombak
2.13. Biji nipah boleh dimakan
2.14. Kelopak bunga boleh dijadikan tea yang beraroma
3. Proses membuat nira
3.1. Pokok berusia lima tahun keatas
3.2. Berbunga sebelum berbuah
3.3. Tunggu sehingga tandannya luntur dan buah nipah matang
3.4. Cuci tandan iaitu membuang semua kulit tandannya
3.5. Memukul tandan dengan kayu jika tandan tidak luntur
3.6. Tandan digunakan untuk membuat air nira dan dibiarkan beberapa hari
3.7. Batang tandan akan disaluti lumpur supaya ia tidak terlalu kering dan dibiarkan sehingga tanah liat kering
3.8. Urut tandan
3.9. Proses seterusnya ialah memangkas buah dari batang tandan
3.10. Apabila air nira keluar, boleh ditadah dengan tukey (tukil) yang diperbuat daripada buluh atau plastik biasa
3.11. Nira selalunya di tadah pada sebelah malam kerana dikatakan mengeluarkan nira yang lebih banyak
3.12. Tadahan akan dikumpul keesokan pagi
4. Dijual pada harga dalam lingkungan RM2 hingga RM4




No comments:
Post a Comment